Sunday, September 8, 2019

BAB 10 : Penyesuaian Sosial

 BAB 10 : PENYESUAIAN SOSIAL

1.0 Apakah yang dimaksudkan dengan PENYESUAIAN SOSIAL? 


  •  Sosial sering dikaitkan dengan interaksi individu dengan masyarakat sekeliling.
  •  Sosial amat penting kerana ianya melibatkan komunikasi dua hala atau pelbagai hala diantara masyarakat yang berbeza budaya, bangsa, agama dan kaum. Justeru itu, ianya dipanggil PENYESUAIAN SOSIAL.
  •  Dalam pembelajaran, penyesuaian sosial amatlah penting agar aktiviti pembelajaran itu dapat dilakukan dengan mudah bukan sahaja dari dalaman malahan juga luaran.
  •  Hal ini dapat membantu pelajar membina keyakinan dan kecemerlangan diri sendiri serta membina hubungan yang baik dengan orang disekeliling.


1.1 Kemahiran Interpersonal

Merupakan kemahiran berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
Kemahiran ini melibatkan keupayaan untuk menerima pendapat yang diberikan oleh orang lain dan juga memahami apa yang  hendak disampaikan.
Kemahiran ini juga boleh dilakukan dalam situasi formal  ataupun tidak formal.
Kepentingan kemahiran interpersonal
1. Dapat menambah maklumat yang  pelbagai maklumat yang berbeza-beza dengan apa yang kita fikirkan.
2. Dapat membuat perbandingan dengan pendapat yang diberikan oleh orang lain.
3. Maklumat yang lebih kuat dan relevan dengan adanya pendapat dan penjelasan yang jelas dari pelbagai pihak yang berlainan.
4. Aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat.
5. Mewujudkan persefahaman dan perhubungan yang baik sesama pelajar .
6. Membantu menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.


1.2 Kemahiran Intrapersonal

Merupakan keupayaan seseorang untuk memahami diri sendiri dengan mengetahui kelemahan dan kelebihan diri sendiri lebih dari apa yang orang lain tahu.
Kemahiran ini boleh meningkatkan jati diri seseorang kerana lebih menekankan aspek dalam dan luaran diri sendiri yang dapat menentukan hala tuju serta tujuan hidup diri sendiri.
Keadaan tersebut juga menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan tinggi terhadap kebolehan diri sendiri dan dapat menetapkan azam yang kuat dalam hidupnya.
Berikut merupakan aktiviti yang beleh dilakukan, iaitu:-
1. Mengenalpasti dan menghuraikan kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
2. Menilai hasil kerja sendiri.
3. Menyimpan jurnal atau diari.
4. Membuat refleksi diri.
5. Menggunakan kemahiran menaakul.


1.3 Pelajaran Sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran

Merupakan kumpulan manusia yang bertindak koperatif dan berkolaboratif dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Matlamatnya adalah sama dan bersifat saling berkongsi dan bertukar pendapat dalam membincangkan sesuatu perkara.
Ianya juga mempunyai 4 ciri iaitu:-
1. Keahlian
2. Berpengaruh
3. Memenuhu keperluan individu
4. Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan.

1.4 Isu-Isu Perkongsian Maklumat

Merujuk kepada satu proses perpindahan, pernemuan atau penapisan sesuatu maklumat setelah maklumat dikenalpasti.
Setelah maklumat diperolehi, maklumat tersebut hendaklah dikenalpasti kesahihannya.
Namun begitu, pelbagai aspek yang perlu diteliti dalam melakukan perkongsian maklumat ini, iaitu:-
1. Gaya dan corak kepimpinan dalam organisasi.
2. Kemudahan dan teknologi yang digunakan.
3. Peneguhan kerjaya.
4. Polisi organisasi,
5. Kesanggupan meluangkan masa untuk melakukan perkongsian pendapat.
6. Kebolehan untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu maklumat.

1.5 Isu Gender dalam Kecemerlangan Pendidikan

Merupakan isu yang paling hangat diperkatakan kerana kebimbangan pelbagai pihak mengenai jurang yang amat ketara diantara pelajar lelaki dan perempuan didalam akademik.
Dalam perkembangan sistem pendidikan yang semakin berkembang ini, keseimbangan penglibatan diantara gender ini perlu dititiberatkan agar dapat diseimbangkan keputusan pencapaian diantara lelaki dan perempuan.
Situasi ini juga untuk mengelakkan adanya spekulasi yang mengatakan lelaki atau perempuan dipinggirkan dalam mencapai kemajuan Negara.

Rumusan 

Kesimpulannya, penyesuaian sosial ini amatlah penting dalam kita menimba ilmu kerana dapat membantu kita dari pelbagai aspek iaitu aspek dalaman dan luaran kita.
Oleh itu, kita perlu aplikasikan penyesuaian sosial ini dalam kita menjalani aktiviti  harian kita.


Saturday, September 7, 2019

BAB 6: KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

 DISEDIAKAN OLEH : NOORSAMRIZA BINTI MAT ASRI


APA ITU KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT DAN PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS?

-Kemahiran ini merupakan suatu peringkat untuk menguji kebolehan pelajar dalam menggabungkan idea-idea melalui prinsip-prinsip  secara induksi dan deduksi.

-Penguasaan kemahiran ini penting supaya pelajar boleh mengenal pasti nilai maklumat untuk digunakan dalam tugasan seharian atau profesional.

KOMPONEN UTAMA 
i. Menganalisis Maklumat yang Dikumpul
ii. Mentafsir dan Membuat Kesimpulan
iii. Menilai Maklumat
iv. Mensintesis Maklumat untuk Menghasilkan Bahan Bertulis

i. MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
- Merupakan satu proses menggunakan data untuk mendapatkan maklumat yang berguna      bagi menyokong setiap tindakan yang diambil
- Pastikan data ada tiga atau lebih untuk dianalisis
- Maklumat yang disusun boleh dipersembahkan dalam bentuk grafik bagi memudahkan        kita menganalisis data, misalnya data kuantitatif ataupun data kualitatif.




         Tujuan menganalisis
  •           Menghubungkaitkan fakta
  •           Mensintesis data
  •           Membandingkan fakta
  •           Membaca yang tersirat
  •           Membuat kesimpulan

Langkah-langkah menganalisis


a) Langkah analisis Data Kuantitatif

1. Lihat maklum balas secara lalu sebelum mengambil nota ringkas melalui pembacaan,          pemerhatian, temu bual, soal selidik dan sebagainya.
2. Pilih 3 - 4 isu yang muncul dan bina carta matriks. Kemudian, bina bukti berkaitan tema        utama. Kod warna boleh digunakan supaya perbezaan dapat dibuat mengikut kategori
3. Jika boleh, dapatkan pandangan pendidik lain, tandakan kata kunci yang berkaitan tema      utama.
4. Rekod pemerhatian yang muncul semasa melihat matriks . Misalnya, pola konsep atau        pola sikap seperti:
  - Perkataan " risau" disebut berapa kali
  - Tinjauan kenderaan yang dinaiki pelajar untuk ke sekolah
5. Membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang dikumpul.

b) Proses Menganalisis Data

- Pelajar seharusnya berfikir secara kreatif dan kritis supaya kesimpulan yang dibuat              bertepatan dengan data yang dikumpul. 
- Proses ini harus dilaksanakan secara tertib supaya tidak terlepas pandang maklumat    yang dikumpul. Misalnya:

  • Membaca data lebih daripada sekali
  • Mencari tema yang sesuai
  • Semak maklumat secara kerap dan dominan.

ii. MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN


Suatu kebolehan untuk memberi penerangan secara rasional berkaitan pola tau fanomena berdasarkan maklumat yang diperoleh. KeupaData yaan ini menunjukkan bahawa pelajar mampu merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara untuk menjamin kualiti pendidikan. 

Tujuan

  • Mengesan pola berdasarkan maklumat yang diperoleh
  • Menyatakan hubungan di antara maklumat
  • Membuat kesimpulan awal

Prinsip Asas Pentaksiran Maklumat 

  • Data yang holistik
  • Memastikan keseimbangan dalam memberi pendapat
  • Mengenetepikan unsur humanistik

Antara Ciri-ciri Pentaksiran 
  • Bersifat holistik
  • Berpusatkan bahan dan tugasan
  • Berterusan
  • Berdasarkan elemen 
  • Pelbagai bentuk

iii. MENILAI MAKLUMAT


Maklumat yang diperoleh haruslah dinilai terlebih dahulu untuk mendapatkan kesahihannya. Antara kaedah dan tekniknya ialah:

a) Perbandingan fakta dan pendapat
-Fakta mestilah sahih dan tidak boleh dipertkaikan, dalam erti kata lain kepercayaan dan   buah mulut orang tidak diambil kira.

b)Tahun penerbitan dan autoriti
-Semak tahun penerbitan bagi mendapatkan kepastian sama maklumat yang diperoleh   terkini ataupun tidak. autoriti juga sangat penting bagi memastikan sama ada maklumat itu   boleh dipercayai atau tidak.

c) Kumpulan sasaran dan penerbit
-Semak sama ada maklumat yang diperoleh sesuai atau tidak.
- Maklumat yang berkualiti biasanya diterbitkan daripada penulis yang terkenal di peringkat    antarabangsa, nasional mahupun wilayah.


d) Bahan popular dan akademik
-Bahan yang popular biasanya mempunyai kurang fakta berbanding akademik.Dalam konteks perguruan, kebolehan menilai  akan membolehkan murid membuat transformasi tentang apa yang dia lakukan khususnya dalam konteks pembelajaran. 


iv. MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
-Perkataan lain bagi sintesis ialah rumusan, kesimpulan, gabungan dan sebagainya.   Semasa peringkat ini, pelajar mendapat gambaran secara menyeluruh tentang maklumat   yang diketahui yang dihasilkan dengan cara:
  • Menggabungkan idea
  • Menggubal  idea
  • Menyatukan idea-idea

-Misalnya semasa penulisan laporan kerana laporan disifatkan sebagai dokumen yang menyampaikan maklumat kepada pembaca secara khusus.( Ellis & Hopkin, 1985). Bagi mendapat laporan yang tepat, pelapor seharusnya:

  • Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti 
  • Membuat rekod sesuatu peristiwa
  • Menganalisis aktiviti
  • Mensintesis suatu pelan tindakan
  • Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur dan tindakan

-Mengenalpasti kumpulan sasaran

  • Mudah untuk menyesuaikan dengan keperluan
  • Mengetahui tahap pembacaan pembaca
  • Mengetahui pandangan mereka memgenai perkara yang akan ditulis

-Tujuan sintesis maklumat
  • Mengenalpasti masalah
  • Memberikan maklumat dan fakta
  • Mencadangkan penyelesaian
  • Membuat kesimpulan

Kualiti maklumat yang ditulis

  • Maklumat yang tepat dan padat
  • Huraian lengkap dan jelas
  • Mengikut urutan / kronologi

RUMUSAN


Kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis sememangnya penting dalam melahirkan satu corak pengajaran dan penyampaian maklumat yang berkesan dan bermakna. Oleh itu, unsur kamahiran belajar perlu diselitkan dengan bijak dalam proses pembelajaran kerana proses ini bukan sahaja menguntungkan para pelajar malah meninggikan martabat pedidikan negara kita.



Friday, September 6, 2019

BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

                          disediakan oleh: Nurul Huwaina binti Zulkurnain

9.1 Definisi pentaksiran menurut pelbagai sumber:

1. Proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan samada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman serta luaran bagi mendapatkan eviden yang boleh dipertimbangkan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013)

2. Satu mekanisme untuk mengukur hasil pembelajaran sesuatu kursus dan perkembangan pelajar di Institu Pendidikan Guru (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2018)

3. Proses berterusan yang merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran seterusnya membuat penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran (Miller, Linn & Grounlund, 2009)

9.1.1 Tujuan pentaksiran:

Pentaksiran mempunyai hubungan dengan pembelajaran. Antara tujuan pentaksiran yang berkaitan dengan pembelajaran ialah:

Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning)
Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning)
Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning)

a) Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning) bertujuan membantu pembelajaran pelajar dengan memberikan maklumat tentang penguasaan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran formatif yang dijalankan secara berterusan. Sebagai contoh di IPG, pentaksiran ini berbentuk kerja kursus, projek dan kuiz.


b) Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning) berlaku apabila pelajar membuat refleksi dan memantau pencapaian sendiri, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri agar dapat membaiki kaedah pembelajaran sendiri. Pentaksiran ini juga merupakan pentaksiran formatif iaitu penilaian kendiri pelajar. Sebagai contoh di IPG, pentaksiran ini berbentuk penulisan refleksi serta penulisan jurnal tentang sesuatu amalan profesional.

c) Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning) berlaku apabila guru menggunakan bukti pembelajaran pelajar untuk membuat pertimbangan terhadap pencapaian pelajar berdasarkan standard. Ini bertujuan menambah akauntabiliti kepada masyarakat.


9.1.2 Jenis Pentaksiran:

  • Pentaksiran Sumatif
  • Pentaksiran Formatif
  • Pentaksiran Berasaskan Prestasi
  • Prestasi Internal dan Eksternal
Pentaksiran Sumatif:

Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas agar dapat membaiki kelemahan dengan kadar segera. Sebagai contoh, guru menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.

Pentaksiran Formatif:

Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.

Pentaksiran Berasaskan Prestasi:

Pentaksiran Berasaskan Prestasi terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran formal dan pentaksiran tidak formal. Contoh pentaksiran formal ialah seperti ujian serta kuiz dan diberikan markah manakala pentaksiran tidak formal dapat digambarkan melalui perkembangan murid dalam kemahiran membaca.

Pentaksiran Internal dan Eksternal:

Pentaksiran Internal ialah pentaksiran yang ditentukan dan disemak oleh gur di sekolah. Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat. Pentaksiran Eksternal pula merupakan pentaksiran yang ditentukan oleh suatu badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia. Kertas pentaksiran ditanda oleh pihak luar dan murid hanya mendapat markah hasil daripada pentaksiran yang dilakukan malah mereka tidak akan dimaklumkan akan kelemahan mereka.

9.1.3 Bentuk Pentaksiran di IPG:

  • Kerja Khusus
  • Peperiksaan
  • Ujian Amali

9.2 Persediaan untuk Pentaksiran:

  • Bahagikan masa yang cukup untuk belajar
  • Gunakan pelbagai jenis pengurusan grafik, peta minda dan gambar rajah ketika mengulangkaji pelajaran
  • Membuat latihan berdasarkan soalan-soalan tahun lepas
  • Rancang hari peperiksaan anda

9.3 Tugasan Individu dan Tugasan Kumpulan:

             Imej yang berkaitan                          Hasil carian imej untuk study with friends cartoon

  • Tugasan individu merujuk kepada tugasan yang dilaksanakan oleh seseorang pelajar. Pelajar perlu mengumpul dan menyediakan penulisan akademik secara individu. Tugasan individu perlu mencerminkan proses pembinaan ilmu yang dilaluinya semasa menyiapkan kerja khusus.
  • Tugasan kumpulan merupakan tugasan yang dilakukan oleh dua hingga tiga orang sahaja. Semua ahli akan berkolaboratif menerokai tugasan, berbincang sesama ahli untuk membincangkan kaedah penyelesaian tugasan yang diberi. Seterusnya, tugasan yang telah siap akan dibentangkan sebagai hasil atau produk kumpulan. Semua ahli dalam kumpulan akan diberi markah yang sama atau berbeza berdasarkan rubrik tugasan yang disediakan.

9.4 Integriti Pelajar dalam Pentaksiran:


Hasil carian imej untuk integriti
Menurut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti didefinisikan sebagai berpegang teguh pada nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan telus atau berterus terang. Setiap pelajar yang berdaftar sebagai penuntut di mana-mana institusi pengajian mempunyai tanggungjawab untuk memahami dan mematuhi arahan, peraturan serta kod etika pelajar yang telah ditetapkan oleh institusi agar dapat mencapai kualiti peribadi unggul. Antara isu yang seringkali hangat diperdebatkan oleh ramai pihak ialah berkaitan isu plagiat. Plagiat ialah tindakan meniru hasil kerja atau pendapat orang lain samada menerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa membuat pengakuan akan sumbernya. Oleh itu, sebagai seorang pelajar di IPG, kita seharusnya menghindarkan diri daripada terlibat dengan isu plagiat agar dapat membentuk sahsiah diri terpuji .




BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

Disediakan oleh : Adibah Hanim Binti Khairol Nassuha




8.1 Pengenalan 
    
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai 'Learning Management System' (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan.Sistem Pengurusan Pembelajaran merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Mampu. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS).
       
    LMS boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu 'proprietary' dan 'open source'. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah blackboard manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle. Ia digunakan secara meluas kerana percuma dan boleh diubahsuai. LMS di SPIN merupakan sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah. Penyampaian maklumat kepada pelajar adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau klik link pada skrin komputer dan tidak memerlukan kos yang banyak.

8.2 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Maklumat.

   Ciri utama LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif dan produktif. LMS melibatkan penggunaan kos secara berkesan. Pembelajaran secara berkesan melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web. Melalui penggunaan LMS, pelajar mempunyai kesempatan untuk berbincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel.

Antara ciri-ciri utama LMS adalah seperti yang dipaparkan:

8.2.1 Meletakkan bahan kursus di atas talian.
  • Kebanyakan LMS menyediakan butang yang telah diprogramkan untuk sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan 'power point slides' daripada kuliah.
  • Mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian.
  • Membolehkan tenaga pengajar memberi kuiz dan ujian di atas talian dan buku gred di atas talian di mana tenaga pengajar boleh meletakkan gred pelajar.
8.2.2 Papan diskusi (Discussion board)
  • Tenaga pengajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyambung diskusi kuliah dalam sesi kuliah yang formal.
8.2.3 Alat Komunikasi lain (Other communication tools)
  •  Membolehkan tenaga pengajar menghantar pengumuman ke kelas serta berhubung dengan pelajar secara personal. Lock box for students di mana pelajar boleh menyimpan bahan kelas di tempat yang selamat iaitu sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat.
Antara ciri-ciri lain LMS adalah seperti di bawah:
  • Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
  • Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan kendiri berpandu.
  • Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
  • Menggabungkan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
  • Mudah alih sokongan dan standard.
  • Disesuaikan  dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
  • Meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak berjadual.
  • Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid.
  • Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
8.3 Kegunaan Sistem pengurusan Maklumat (LMS)



   LMS digunakan bertujuan untuk memudahkan penyampaian atau penghantaran kursus secara talian.Selain itu,LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia.Tidak dilupakan, MS juga memainkan peranan penting dalam kegiatan akademik, pengajaran dan pembelajaran dan sistem pengurusan pentadbiran dalam  dunia pendidikan. Seterusnya, LMS dijalankan untuk menyokong jabatan akademik, organisasi dan projek-projek lain untuk mencapai matlamat pengajaran di peringkat pengajian tinggi.Penggunaan LMS bertujuan untuk meningkatkan jumlah maklum balas yang diterima serta mampu memperbaiki keadaan hasil daripada maklum balas tersebut.

  Oleh itu, dapat disimpulkan secara keseluruhan tentang kegunaan LMS kepada individu mahupun organisasi seperti berikut:

  • Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online.
  • Menyediakan satu portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran.
  • Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem.
  • Menyemak semula dan melaporkan tentang status program-program latihan di dalam sesebuah organisasi.
  • Dapat mengurangkan kos latihan melalui pelbagai cara seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran (kurang perjalanan, penginapan, bekerja lebih masa, dan kos pengajaran yang lebih rendah) serta menyelaraskan pentadbiran program latihan di setiap organisasi.
  • Meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia.
  • Membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah untuk mengakses kepada bahan pembelajaran.
8.4 Kepentingan Sistem Pengurusan Maklumat.

Maklumat berguna jika maklumat itu tepat,kemas kini dan mudah diperolehi. Pelaksanaan sistem LMS mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar dan juga organisasi. Terang lagi bersuluh, kini, sistem pengurusan maklumat yang sistematik boleh memainkan peraan yang penting dalam pembelajaran. Penggunaan sistem pengurusan maklumat secara manual tidak lagi sesuai dengan zaman teknologi.Hal ini kerana pengurusan yang tidak cekap boleh menjatuhkan semangat bekerja dalam kalangan staf. Maka, LMS perlu disebarkan seluas-luas penggunaannya.

Kepentingan LMS dalam pelaksanaan tugas harian dan pembelajaran seseorang adalah seperti berikut:

  • menjalankan tugas mereka dengan cekap.
  • meningkatkan semangat mereka untuk bekerja dan belajar.
  • tidak lagi diganggu oleh masalah pengurusan.
  • maklumat pendidikan, tumpuan lebih boleh diberikan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran.
  • perkongsian maklumat dalam sebuah kumpulan yang besar.
  • sistem yang sistematik untuk menyelenggarakan sesuatu program.
  • maklumat boleh disunting dan dikeluarkan dengan cara yang mudah.
  • boleh digunakan berkali-kali bagi tempoh yang lama.
  • maklumat yang dikemas kini dan konsisten kerana maklumat yang digunakannya berasal dari sumber yang sama.
  • penjimatan masa kerana maklumat yang diperlukan boleh diperolehi dengan cepat dan maklumat itu tidak perlu ditaip semula.
  • meningkatkan kecekapan organisasi
  • penyimpanan data dengan lebih selamat.