Friday, September 6, 2019

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

Disediakan oleh : Adibah Hanim Binti Khairol Nassuha




8.1 Pengenalan 
    
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai 'Learning Management System' (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan.Sistem Pengurusan Pembelajaran merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Mampu. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (OSS).
       
    LMS boleh dibahagi kepada dua kategori, iaitu 'proprietary' dan 'open source'. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan adalah blackboard manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle. Ia digunakan secara meluas kerana percuma dan boleh diubahsuai. LMS di SPIN merupakan sistem pengurusan pengajaran dan pembelajaran interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah. Penyampaian maklumat kepada pelajar adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau klik link pada skrin komputer dan tidak memerlukan kos yang banyak.

8.2 Ciri-ciri Sistem Pengurusan Maklumat.

   Ciri utama LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif dan produktif. LMS melibatkan penggunaan kos secara berkesan. Pembelajaran secara berkesan melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web. Melalui penggunaan LMS, pelajar mempunyai kesempatan untuk berbincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universiti atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel.

Antara ciri-ciri utama LMS adalah seperti yang dipaparkan:

8.2.1 Meletakkan bahan kursus di atas talian.
  • Kebanyakan LMS menyediakan butang yang telah diprogramkan untuk sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan 'power point slides' daripada kuliah.
  • Mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian.
  • Membolehkan tenaga pengajar memberi kuiz dan ujian di atas talian dan buku gred di atas talian di mana tenaga pengajar boleh meletakkan gred pelajar.
8.2.2 Papan diskusi (Discussion board)
  • Tenaga pengajar dan pelajar boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyambung diskusi kuliah dalam sesi kuliah yang formal.
8.2.3 Alat Komunikasi lain (Other communication tools)
  •  Membolehkan tenaga pengajar menghantar pengumuman ke kelas serta berhubung dengan pelajar secara personal. Lock box for students di mana pelajar boleh menyimpan bahan kelas di tempat yang selamat iaitu sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat.
Antara ciri-ciri lain LMS adalah seperti di bawah:
  • Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
  • Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan kendiri berpandu.
  • Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
  • Menggabungkan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala.
  • Mudah alih sokongan dan standard.
  • Disesuaikan  dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
  • Meningkatkan perjumpaan kelas yang tidak berjadual.
  • Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibrid.
  • Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
8.3 Kegunaan Sistem pengurusan Maklumat (LMS)



   LMS digunakan bertujuan untuk memudahkan penyampaian atau penghantaran kursus secara talian.Selain itu,LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia.Tidak dilupakan, MS juga memainkan peranan penting dalam kegiatan akademik, pengajaran dan pembelajaran dan sistem pengurusan pentadbiran dalam  dunia pendidikan. Seterusnya, LMS dijalankan untuk menyokong jabatan akademik, organisasi dan projek-projek lain untuk mencapai matlamat pengajaran di peringkat pengajian tinggi.Penggunaan LMS bertujuan untuk meningkatkan jumlah maklum balas yang diterima serta mampu memperbaiki keadaan hasil daripada maklum balas tersebut.

  Oleh itu, dapat disimpulkan secara keseluruhan tentang kegunaan LMS kepada individu mahupun organisasi seperti berikut:

  • Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online.
  • Menyediakan satu portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran.
  • Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem.
  • Menyemak semula dan melaporkan tentang status program-program latihan di dalam sesebuah organisasi.
  • Dapat mengurangkan kos latihan melalui pelbagai cara seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran (kurang perjalanan, penginapan, bekerja lebih masa, dan kos pengajaran yang lebih rendah) serta menyelaraskan pentadbiran program latihan di setiap organisasi.
  • Meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia.
  • Membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah untuk mengakses kepada bahan pembelajaran.
8.4 Kepentingan Sistem Pengurusan Maklumat.

Maklumat berguna jika maklumat itu tepat,kemas kini dan mudah diperolehi. Pelaksanaan sistem LMS mendatangkan banyak faedah kepada para pelajar dan juga organisasi. Terang lagi bersuluh, kini, sistem pengurusan maklumat yang sistematik boleh memainkan peraan yang penting dalam pembelajaran. Penggunaan sistem pengurusan maklumat secara manual tidak lagi sesuai dengan zaman teknologi.Hal ini kerana pengurusan yang tidak cekap boleh menjatuhkan semangat bekerja dalam kalangan staf. Maka, LMS perlu disebarkan seluas-luas penggunaannya.

Kepentingan LMS dalam pelaksanaan tugas harian dan pembelajaran seseorang adalah seperti berikut:

  • menjalankan tugas mereka dengan cekap.
  • meningkatkan semangat mereka untuk bekerja dan belajar.
  • tidak lagi diganggu oleh masalah pengurusan.
  • maklumat pendidikan, tumpuan lebih boleh diberikan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran-pembelajaran.
  • perkongsian maklumat dalam sebuah kumpulan yang besar.
  • sistem yang sistematik untuk menyelenggarakan sesuatu program.
  • maklumat boleh disunting dan dikeluarkan dengan cara yang mudah.
  • boleh digunakan berkali-kali bagi tempoh yang lama.
  • maklumat yang dikemas kini dan konsisten kerana maklumat yang digunakannya berasal dari sumber yang sama.
  • penjimatan masa kerana maklumat yang diperlukan boleh diperolehi dengan cepat dan maklumat itu tidak perlu ditaip semula.
  • meningkatkan kecekapan organisasi
  • penyimpanan data dengan lebih selamat.

No comments:

Post a Comment