Friday, September 6, 2019

BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

                          disediakan oleh: Nurul Huwaina binti Zulkurnain

9.1 Definisi pentaksiran menurut pelbagai sumber:

1. Proses mendapatkan maklumat dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan samada formatif, sumatif, formal dan informal, dalaman serta luaran bagi mendapatkan eviden yang boleh dipertimbangkan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013)

2. Satu mekanisme untuk mengukur hasil pembelajaran sesuatu kursus dan perkembangan pelajar di Institu Pendidikan Guru (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2018)

3. Proses berterusan yang merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran seterusnya membuat penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran (Miller, Linn & Grounlund, 2009)

9.1.1 Tujuan pentaksiran:

Pentaksiran mempunyai hubungan dengan pembelajaran. Antara tujuan pentaksiran yang berkaitan dengan pembelajaran ialah:

Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning)
Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning)
Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning)

a) Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning) bertujuan membantu pembelajaran pelajar dengan memberikan maklumat tentang penguasaan pelajar dari semasa ke semasa sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran formatif yang dijalankan secara berterusan. Sebagai contoh di IPG, pentaksiran ini berbentuk kerja kursus, projek dan kuiz.


b) Pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as learning) berlaku apabila pelajar membuat refleksi dan memantau pencapaian sendiri, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sendiri agar dapat membaiki kaedah pembelajaran sendiri. Pentaksiran ini juga merupakan pentaksiran formatif iaitu penilaian kendiri pelajar. Sebagai contoh di IPG, pentaksiran ini berbentuk penulisan refleksi serta penulisan jurnal tentang sesuatu amalan profesional.

c) Pentaksiran tentang pembelajaran (Assessment of learning) berlaku apabila guru menggunakan bukti pembelajaran pelajar untuk membuat pertimbangan terhadap pencapaian pelajar berdasarkan standard. Ini bertujuan menambah akauntabiliti kepada masyarakat.


9.1.2 Jenis Pentaksiran:

  • Pentaksiran Sumatif
  • Pentaksiran Formatif
  • Pentaksiran Berasaskan Prestasi
  • Prestasi Internal dan Eksternal
Pentaksiran Sumatif:

Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas agar dapat membaiki kelemahan dengan kadar segera. Sebagai contoh, guru menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran  sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.

Pentaksiran Formatif:

Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.

Pentaksiran Berasaskan Prestasi:

Pentaksiran Berasaskan Prestasi terbahagi kepada dua iaitu pentaksiran formal dan pentaksiran tidak formal. Contoh pentaksiran formal ialah seperti ujian serta kuiz dan diberikan markah manakala pentaksiran tidak formal dapat digambarkan melalui perkembangan murid dalam kemahiran membaca.

Pentaksiran Internal dan Eksternal:

Pentaksiran Internal ialah pentaksiran yang ditentukan dan disemak oleh gur di sekolah. Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat. Pentaksiran Eksternal pula merupakan pentaksiran yang ditentukan oleh suatu badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia. Kertas pentaksiran ditanda oleh pihak luar dan murid hanya mendapat markah hasil daripada pentaksiran yang dilakukan malah mereka tidak akan dimaklumkan akan kelemahan mereka.

9.1.3 Bentuk Pentaksiran di IPG:

  • Kerja Khusus
  • Peperiksaan
  • Ujian Amali

9.2 Persediaan untuk Pentaksiran:

  • Bahagikan masa yang cukup untuk belajar
  • Gunakan pelbagai jenis pengurusan grafik, peta minda dan gambar rajah ketika mengulangkaji pelajaran
  • Membuat latihan berdasarkan soalan-soalan tahun lepas
  • Rancang hari peperiksaan anda

9.3 Tugasan Individu dan Tugasan Kumpulan:

             Imej yang berkaitan                          Hasil carian imej untuk study with friends cartoon

  • Tugasan individu merujuk kepada tugasan yang dilaksanakan oleh seseorang pelajar. Pelajar perlu mengumpul dan menyediakan penulisan akademik secara individu. Tugasan individu perlu mencerminkan proses pembinaan ilmu yang dilaluinya semasa menyiapkan kerja khusus.
  • Tugasan kumpulan merupakan tugasan yang dilakukan oleh dua hingga tiga orang sahaja. Semua ahli akan berkolaboratif menerokai tugasan, berbincang sesama ahli untuk membincangkan kaedah penyelesaian tugasan yang diberi. Seterusnya, tugasan yang telah siap akan dibentangkan sebagai hasil atau produk kumpulan. Semua ahli dalam kumpulan akan diberi markah yang sama atau berbeza berdasarkan rubrik tugasan yang disediakan.

9.4 Integriti Pelajar dalam Pentaksiran:


Hasil carian imej untuk integriti
Menurut Institut Integriti Malaysia (2004), integriti didefinisikan sebagai berpegang teguh pada nilai-nilai murni seperti ikhlas, jujur dan telus atau berterus terang. Setiap pelajar yang berdaftar sebagai penuntut di mana-mana institusi pengajian mempunyai tanggungjawab untuk memahami dan mematuhi arahan, peraturan serta kod etika pelajar yang telah ditetapkan oleh institusi agar dapat mencapai kualiti peribadi unggul. Antara isu yang seringkali hangat diperdebatkan oleh ramai pihak ialah berkaitan isu plagiat. Plagiat ialah tindakan meniru hasil kerja atau pendapat orang lain samada menerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa membuat pengakuan akan sumbernya. Oleh itu, sebagai seorang pelajar di IPG, kita seharusnya menghindarkan diri daripada terlibat dengan isu plagiat agar dapat membentuk sahsiah diri terpuji .




17 comments:

  1. terbaikla waina ! keep it up 😊

    ReplyDelete
  2. Perghhhh.. terbaik la.. sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  3. wowwww terbaik lah adminn semogaa teruss menulis info info bermanfaat seperti ini yea.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk informasi yang dikongsikan. Kaedah pentaksiran yang berbeza dapat meningkatkan lagi keberkesanan suatu sesi pembelajaran mahupun pengajaran itu. 😊😊😊

    ReplyDelete
  5. terima kasih ye sangat membantu ���� semoga boleh berkongsi lebih lagi

    ReplyDelete
  6. Maklumat yang mencukupi . Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  7. Sangat2 berinformasi...Tak sia2 baca ��

    ReplyDelete