Sunday, September 8, 2019

BAB 10 : Penyesuaian Sosial

 BAB 10 : PENYESUAIAN SOSIAL

1.0 Apakah yang dimaksudkan dengan PENYESUAIAN SOSIAL? 


  •  Sosial sering dikaitkan dengan interaksi individu dengan masyarakat sekeliling.
  •  Sosial amat penting kerana ianya melibatkan komunikasi dua hala atau pelbagai hala diantara masyarakat yang berbeza budaya, bangsa, agama dan kaum. Justeru itu, ianya dipanggil PENYESUAIAN SOSIAL.
  •  Dalam pembelajaran, penyesuaian sosial amatlah penting agar aktiviti pembelajaran itu dapat dilakukan dengan mudah bukan sahaja dari dalaman malahan juga luaran.
  •  Hal ini dapat membantu pelajar membina keyakinan dan kecemerlangan diri sendiri serta membina hubungan yang baik dengan orang disekeliling.


1.1 Kemahiran Interpersonal

Merupakan kemahiran berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
Kemahiran ini melibatkan keupayaan untuk menerima pendapat yang diberikan oleh orang lain dan juga memahami apa yang  hendak disampaikan.
Kemahiran ini juga boleh dilakukan dalam situasi formal  ataupun tidak formal.
Kepentingan kemahiran interpersonal
1. Dapat menambah maklumat yang  pelbagai maklumat yang berbeza-beza dengan apa yang kita fikirkan.
2. Dapat membuat perbandingan dengan pendapat yang diberikan oleh orang lain.
3. Maklumat yang lebih kuat dan relevan dengan adanya pendapat dan penjelasan yang jelas dari pelbagai pihak yang berlainan.
4. Aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat.
5. Mewujudkan persefahaman dan perhubungan yang baik sesama pelajar .
6. Membantu menggunakan pelbagai bentuk komunikasi yang sesuai.


1.2 Kemahiran Intrapersonal

Merupakan keupayaan seseorang untuk memahami diri sendiri dengan mengetahui kelemahan dan kelebihan diri sendiri lebih dari apa yang orang lain tahu.
Kemahiran ini boleh meningkatkan jati diri seseorang kerana lebih menekankan aspek dalam dan luaran diri sendiri yang dapat menentukan hala tuju serta tujuan hidup diri sendiri.
Keadaan tersebut juga menjadikan seseorang itu lebih berkeyakinan tinggi terhadap kebolehan diri sendiri dan dapat menetapkan azam yang kuat dalam hidupnya.
Berikut merupakan aktiviti yang beleh dilakukan, iaitu:-
1. Mengenalpasti dan menghuraikan kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
2. Menilai hasil kerja sendiri.
3. Menyimpan jurnal atau diari.
4. Membuat refleksi diri.
5. Menggunakan kemahiran menaakul.


1.3 Pelajaran Sebagai Ahli Komuniti Pembelajaran

Merupakan kumpulan manusia yang bertindak koperatif dan berkolaboratif dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Matlamatnya adalah sama dan bersifat saling berkongsi dan bertukar pendapat dalam membincangkan sesuatu perkara.
Ianya juga mempunyai 4 ciri iaitu:-
1. Keahlian
2. Berpengaruh
3. Memenuhu keperluan individu
4. Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan.

1.4 Isu-Isu Perkongsian Maklumat

Merujuk kepada satu proses perpindahan, pernemuan atau penapisan sesuatu maklumat setelah maklumat dikenalpasti.
Setelah maklumat diperolehi, maklumat tersebut hendaklah dikenalpasti kesahihannya.
Namun begitu, pelbagai aspek yang perlu diteliti dalam melakukan perkongsian maklumat ini, iaitu:-
1. Gaya dan corak kepimpinan dalam organisasi.
2. Kemudahan dan teknologi yang digunakan.
3. Peneguhan kerjaya.
4. Polisi organisasi,
5. Kesanggupan meluangkan masa untuk melakukan perkongsian pendapat.
6. Kebolehan untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu maklumat.

1.5 Isu Gender dalam Kecemerlangan Pendidikan

Merupakan isu yang paling hangat diperkatakan kerana kebimbangan pelbagai pihak mengenai jurang yang amat ketara diantara pelajar lelaki dan perempuan didalam akademik.
Dalam perkembangan sistem pendidikan yang semakin berkembang ini, keseimbangan penglibatan diantara gender ini perlu dititiberatkan agar dapat diseimbangkan keputusan pencapaian diantara lelaki dan perempuan.
Situasi ini juga untuk mengelakkan adanya spekulasi yang mengatakan lelaki atau perempuan dipinggirkan dalam mencapai kemajuan Negara.

Rumusan 

Kesimpulannya, penyesuaian sosial ini amatlah penting dalam kita menimba ilmu kerana dapat membantu kita dari pelbagai aspek iaitu aspek dalaman dan luaran kita.
Oleh itu, kita perlu aplikasikan penyesuaian sosial ini dalam kita menjalani aktiviti  harian kita.


No comments:

Post a Comment